မိမိျကိုက္ရာေရြးခ်ယ္ရွာပါ

Tuesday 24 July 2012

အိမ္ေထာင္ျကျပီးခ်စ္တဲ ့အခ်စ္တဲ ့.....မေလးကဗ်ာေလးပါ

Cinta Selepas Nikah

aku buka cerita aku
bukan untuk diinjak-injakkan
aku katakan padamu
kepelikan aku alami
bukan jadi bahan risaumu

boleh kau percaya aku?

aku minta satu tinta
yang dalam sujud pun aku harapkan sedari dulu

naif
daifnya aku

damba kasih aku buatkan diriku jadi pilu
kenapa kau hilang?
hilang sayang.

kenapa kau bilang aku gila, sayang?
kenapa kau sinis pada aku, sayang?

aku bukan pondan pondan jalanan minta kau datang sekejap
aku bukan suka sesuka mahu gadaikan maruah

satu aku pinta kembali
jika aku bukan dipilih sebagai suri hatimu
ibunya pada cahaya mata mu nanti itu
jangan ucap sayang padaku
atau ungkapan I LoVE you


aku ingin pesan sama kalian insan insan
jangan kejar jodoh,kerna jodoh akan sampai pada kamu satu hari nanti.
bagaimanakah itu wahai pujangga?
dia akan meminangmu,dengan kalimah 'Bismillah'..bukan dgn maksiat.
dan masa itu, hati kamu berasa sejuk utk menerimanya..
kamu bersedia walaupun kamu patah seribu sayap sayap diudara
dia ada
bimbing kamu,
tiupkan semangat kamu
seolah olah kamulah yang  berkuasa di sebuah negeri
kamulah tercantik bak bidadari
saat itu
hadiahkanlah dia seluhur cintamu
pahatkan tanggungjawab pada agamamu sedalam-dalamnya
kerna itu redha yang si dia cari darimu
mana mungkin dia mahu melihatmu melakukan dosa ? iyakan??

nah,
"apa pilihan mu anak muda."
aku pilih cinta selepas nikah,bonda.
"alhamdulillah,indahnya keturunanku.Syukur."


--moga dia insan yg akan hadir adalah yang Soleh dan benar2 mahu membimbing aku, Ya RAbbi..

hasil karya asli Aena Noor Janna. untuk copy paste,sila berikan kredit pada penulis. terima kasih.
Reactions: 

No comments:

Post a Comment